In the news

Title: CanMERDEKA bantu pesakit kanser
Date: 17-Oct-2019
Source/Author: MyMetro

PROGRAM Karnival Kerjaya CanMERDEKA berjaya membantu pihak majikan lebih memahami kehendak dan pekerjaan yang boleh diberikan kepada pesakit kanser.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil Adhif Syan Abdullah berkata, pihaknya melihat program sedemikian perlu diteruskan untuk memberi peluang kepada pesakit kanser meneruskan kehidupan tanpa mengharapkan bantuan kerajaan. Menurutnya, beliau akan membawa perkara berkenaan ke Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan datang supaya program seumpama itu dapat diperluaskan.

Katanya, CanMERDEKA disifatkan sebagai unik kerana sebelum ini karnival kerjaya hanya mengkhususkan kepada mereka yang sihat untuk diambil bekerja. “Uniknya, program ini membuka peluang pekerjaan kepada pesakit kanser dan bagi saya program sebegini seharusnya diberi keutamaan.

Read more at: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/10/508045/canmerdeka-bantu-pesakit-kanser

 

[ Back ] [ Print Friendly ]